Suami Kuat, Isteri Tak Ternanti-Nanti

 

 

Untuk Mengetahui lebih lanjut sila daftar sebagai ahli kami.

Percuma 

" Panduan Menjana Pendapatan

RM 80 000.00 dalam 3 bulan"

http://ww

gambar sumber dari http://www.flickr.com

 

Kecundang atas ranjang

tanyadrxy@bharian.com.my
2010/06/19

pix_gal0
 

 

PENGALAMAN seks yang memuaskan adalah penting untuk menjalin hubungan yang erat dan intim antara suami isteri. Namun begitu, ramai di antara kita yang merasa was-was atau tidak selesa untuk membincangkan masalah seks dengan pasangan atau doktor, mungkin kerana kita rasa malu.

Masalah ini tidak akan lenyap begitu saja dan lebih lama anda menunggu untuk mendapatkan nasihat profesional, semakin tergugat hubungan intim antara anda dan isteri. Sebenarnya anda tidak harus khuatir kerana kebanyakan masalah seks boleh dirawat.

Menurut pakar sosiologi University of Chicago, Edward Laumann, penyelidik utama dalam kajian seks menyeluruh di Amerika Syarikat (AS), seramai 31 peratus lelaki dan 43 peratus wanita mengalami suatu bentuk disfungsi seks.

Satu masalah khusus yang dialami sehingga 20 peratus hingga 30 peratus lelaki Asia pada suatu peringkat kehidupan mereka ialah ejakulasi pramatang (PE). Ia ditakrifkan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa utamai sebagai:

 

  • Ejakulasi berulang atau berterusan yang berlaku dengan sedikit rangsangan sama ada sebelum, semasa atau sejurus selepas memasukkan zakar ke dalam vagina.

     
  • Kegagalan mengawal atau melengahkan ejakulasi

     
  • Menimbulkan kesan negatif terhadap lelaki seperti rasa resah atau terganggu
    Ejakulasi pramatang ialah masalah perubatan umum yang dialami oleh semua lelaki di suatu peringkat dalam hidup mereka. Malah, disfungsi seks ini kurang dilaporkan, kerana lebih banyak perhatian diberikan kepada mati pucuk (ED). Justeru tidak hairanlah jika kaum lelaki keliru dengan kedua-duanya.

    Ejakulasi Pramatang tidak sama sekali seperti mati pucuk (ED)

    Menurut kajian yang dikendalikan baru-baru ini, iaitu Tinjauan Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Pramatang di Asia Pasifik (AP PEPA) membabitkan lebih 5,000 lelaki heteroseksual, sehingga 35 peratus daripada responden mempunyai tanggapan salah bahawa PE dan ED adalah sama.

    Sebahagian besar responden Malaysia percaya kedua-dua masalah boleh dirawat dengan ubat yang sama. Hakikatnya kedua-duanya tidak sama dan perlu dirawat dengan ubat yang berbeza!

    Di Malaysia saja, 29 peratus daripada lelaki mungkin menghidap PE. Sebenarnya PE merujuk kepada ejakulasi terlalu cepat sedangkan ED merujuk kepada masalah tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar. Kedua-duanya adalah keadaan berbeza dan kita tidak harus keliru dengannya!

    PE sebenarnya masalah umum yang dialami oleh kebanyakan lelaki di suatu peringkat dalam kehidupan mereka. Ini berbeza dengan ED yang biasanya dialami oleh lelaki yang lebih tua. Sesetengah lelaki tidak sedar bahawa kehilangan ereksi atau ketegangan selepas ejakulasi adalah perkara biasa dan mungkin mengadu mengalami ED sedangkan masalah sebenar ialah PE.

    Walaupun semua orang tahu cara untuk merawat ED ialah dengan mengambil pil biru, anda memang tidak boleh merawat PE dengan mengambil pil untuk rawatan ED dan mengharapkan keberkesanannya. Anda juga tersilap jika anda fikir PE akan hilang seiring dengan usia. Ini kerana ia mungkin kekal sepanjang hayat!

    Sementara itu, PE, walaupun boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti masalah kelenjar tyroid atau prostatic inflamasi pada prostat dan urethra, juga disebabkan oleh faktor mental dan fizikal. Ini termasuk keabnormalan paras neurotransmitter dalam otak, keresahan atau kemurungan.

    Selain itu, lelaki yang menghidap PE kemungkinan lebih besar melaporkan disfungsi lain seperti ED, kegagalan mencapai orgasma (kemuncak syahwat) dan nafsu seks yang rendah.

    Berikut adalah jadual ringkas yang menyenaraikan perbezaan utama antara kedua-duanya:

    Ejakulasi Pramatang

    Disfungsi Erektil


     
  • Hubungan seks berakhir dengan pantas

     
  • Masalah umum dan dialami lelaki di satu peringkat dalam kehidupan – tidak bergantung pada usia

     
  • Kurang didiagnos, kurang dilaporkan

     
  • Boleh dirawat dengan ubat PE, psikotherapi , kaunseling dan amalan tingkah laku.

    Disfungsi Erektil

     
  • Tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar

     
  • Dialami kebanyakan lelaki lebih lanjut usia yang berumur lebih 45 tahun

     
  • Profil tinggi, mendapat liputan lebih luas

     
  • Banyak terapi yang sudah mantap, cth implan, supositori, ubat oral dan terapi suntikan.

     

    Sekian Terima Kasih.

     

     
  •  

    --
     

    Risau suami mati pucuk
    Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
    tanyadrxy@bharian.com.my
    2010/04/24

    Soalan:

    DOKTOR, suami saya berusia 44 tahun. Untuk pengetahuan doktor, suami saya mengambil ubat darah tinggi dan menghidap diabetis yang minimal serta membuat pemeriksaan doktor pakar secara berkala.

    Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sekali-sekala apabila kami ‘bersama’, beliau tidak boleh mengekalkan ketegangan zakarnya. Kadangkala, ketegangan itu hilang begitu saja walaupun sedang ‘bersama’.

    Apakah masalah yang dihadapi suami saya?

    Isteri Prihatin

     

    Jawapan:

    PUAN, masalah yang suami anda hadapi ialah masalah yang dikenali sebagai erectile dysfunction (ED) atau mati pucuk.

    Faktor utama yang menyumbang kepada masalah mati pucuk ini ialah masalah darah tinggi dan diabetes yang suami puan hadapi. Untuk makluman puan, masalah kencing manis dan darah tinggi adalah faktor utama terjadinya masalah ED di Malaysia. Selain itu, pengambilan ubat darah tinggi seperti ubat dari kumpulan beta blockers juga boleh menyebabkan berlakunya ED.

    Puan perlu meminta suami berjumpa doktor yang merawat penyakit darah tinggi suami puan. Jika perlu, dos ubat darah tinggi perlu dikurangkan atau ubat darah tinggi perlu ditukar kepada kumpulan yang tidak menyebabkan ED.


    Jika selepas langkah ini diambil tetapi suami puan masih menghadapi masalah ED, puan jangan gusar kerana pelbagai ubat dari kumpulan Phosphodiesterase type 5 inhibitor (PDE5 inhibitor) ada di pasaran yang boleh membantu suami anda.



    Ketika ini, ada tiga jenis ubat PDE5 inhibitor iaitu :

    Vardenafil 20 mg - Levitra
    Sildenafil 50 / 100 mg - Viagra
    Tadalafil 20 mg - Cialis

    Suami puan boleh berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai ubat terbaik yang boleh digunakan suami puan. Selain itu, perskripsi ubat PDE5 inhibitor ini hanya boleh diberi oleh doktor dan tidak boleh dibeli secara over the counter iaitu tanpa preskripsi doktor.

    Secara umumnya, ubat-ubat ini mempunyai mekanisma yang sama iaitu meningkatkan aliran darah ke zakar melalui proses pembesaran saluran darah (vasodilatasi).

    Bagaimanapun, ada perbezaan dari segi tempoh masa ubat terbabit berada dalam tubuh dan ada perbezaan dari segi tempoh masa bagi ubat berkenaan mula memberi kesan.

    Ubat-ubat PDE5 inhibitor ini tidak boleh diambil jika suami puan mengambil ubat jantung dari kumpulan nitrates. Selain itu, untuk membolehkan ubat ini memberi kesan sepenuhnya, langkah berikut perlu diambil :

    - Ubat ini perlu diambil sekurang-kurangnya 30 minit sebelum melakukan hubungan seks.

    - Untuk mendapatkan kesan ereksi, pengambilan ubat ini perlu diikuti dengan stimulasi fizikal. Ini bermakna perlu ada sentuhan, belaian atau sebarang bentuk rangsangan fizikal untuk membantu mendapatkan ereksi.

    - Perlu bersikap optimistik kerana mungkin dengan satu dos saja, ereksi masih belum pulih sepenuhnya. Ubat PDE5 inhibitor perlu diambil sekurang-kurangnya empat dos sebelum bertukar ke jenis lain.

    Selain itu, puan juga perlu tahu soal kesan sampingan ubat-ubatan ini. Kesan sampingan adalah rendah iaitu membabitkan sekitar dua hingga empat peratus pesakit saja dan kebanyakan kesan sampingan adalah ringan dan tidak memerlukan rawatan.

    Berikut adalah beberapa kesan sampingan yang boleh dialami oleh suami puan :

    - Sakit otot belakang yang ringan.
    - Muka terasa panas dan merah.
    - Rasa tidak selesa pada bahagian atas perut.
    - Sakit kepala yang ringan.
    - Rasa seperti hendak mendapat selsema.

    Saya harap dengan penjelasan dan rawatan yang akan diberikan dapat memulihkan kembali hubungan mesra antara puan dan suami puan. Saya tidak menggalakkan pembelian ubat yang tidak diiktiraf atau pengambilan rawatan alternatif seperti urut batin kerana ia boleh menimbulkan kemudaratan.

    Terima Kasih.